Connect with us

Oh! Media

“Hanya Akan Menjejaskan Pekerja Tempatan” – Coca-Cola Malaysia Perjelas Isu Boikot

Colacola

Umum

“Hanya Akan Menjejaskan Pekerja Tempatan” – Coca-Cola Malaysia Perjelas Isu Boikot

Kempen memboikot barangan dari atau mempunyai hubungan dengan Israel kini giat dilakukan oleh orang awam demi menunjukkkan solidariti kepada penduduk Palestin.

Walaubagaimanapun, gesaan orang ramai untuk memboikot produk Coca-Cola hanya menjejaskan pekerja tempatan di Syarikat itu.

Menurut laporan Harian Metro, Coca-Cola Malaysia dalam kenyataannya berkata tindakkan memboikot Produk itu akan memberikan kesan kepada ribuan peruncit, pengedar dan pembekal di seluruh rantaian bekalan dalam negara yang menjadikan perniagaan sebagai pendapatan mereka

IKLAN

Syarikat itu turut berkata, walaupun Coca-Cola merupakan produk global, namun semua operasi pembotolan dibuat dalam negara.

Coca-Cola diproses dan dibotolkan di Malaysia untuk rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia. Di Malaysia, Coca-Cola beroperasi lebih 85 tahun dan menjadi keutamaan kami untuk terus komited dalam membantu rakyat Malaysia dari segi bantuan sosial dan lain-lain.

Kenyataan ini dibuat susulan syarikat itu menerima maklumat terdapat beberapa individu memboikot produk Coca-Cola akibat khabar angin yang tular di media sosial.

Mereka turut berkata bahawa mereka tidak menyokong atau menentang mana-mana tujuan berkaitan agama mahupun memihak kepada mana-mana negara lebih daripada yang lain di peringkat antarabangsa.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas