Connect with us

Oh! Media

Hampir 90 Peratus Pengunjung Pusat Hiburan Beragama Islam

Umum

Hampir 90 Peratus Pengunjung Pusat Hiburan Beragama Islam

Awal pagi tadi, Operasi Banteras Aktiviti Haram (Ops Bah) dalam serbuan di tiga premis di Jalan Imbi dan Jalan P Ramlee, telah dilakukan dan didapati ramai diantaranya adalah beragama Islam.

ADVERTISEMENT

Ini disahkan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan dan Pembangunan Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk M Noor Azman Taib berkata, operasi bermula jam 1 pagi telah menyerbu pusat karaoke mewah dan mendapati lebih 90 peratus adalah terdiri daripada pengunjung beragama Islam.

“Di premis ini kita telah menemui banyak minuman keras dan pil disyaki dadah.

“Malah premis ini juga dikesan melanggari Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1992 yang mana kita telah mengambil tindakan terhadap kesalahan itu,” katanya kepada pemberita.

“Apa yang boleh ditekankan adalah usahlah mengunjungi tempat sebegini kerana banyak lagi tempat yang boleh dikunjungi. Tempat ini tidak sesuai untuk muslim, kepada pengusaha sila ikut peraturan dan jangan timbulkan masalah,” tambahnya lagi.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas