Connect with us

Hamburger Sempena Pertabalan Maharaja Jepun Dijual Pada Harga RM3,684.24

Umum

Hamburger Sempena Pertabalan Maharaja Jepun Dijual Pada Harga RM3,684.24

Sebuah restoran di Tokyo, Jepun kini menyediakan satu sajian hamburger daging wagyu bersempena pertabalan maharaja baharu Jepun Mei depan pada harga 100,00 yen atau RM3,684.24.

Hamburger yang dikatakan sebesar sebiji bola sepak itu seberat 3 kilogram, dicipta oleh Chef Patrick Shimada yang bertugas di Oak Door Steakhouse yang mula dijual hari ini.

“Kami mahu melakukan sesuatu sebagai meraikan maharaja dan era baharu untuk Jepun. Ia menjadikan saya lebih dekat dengan darah Jepun yang saya warisi,” kata ketua cef yang juga generasi keempat kacukan Jepun/Amerika itu.

“Menyediakan hidangan ini dengan cara Amerika menggunakan bahan-bahan dari Jepun, ia tidak ubah meletakkan diri saya di dalam roti bun,” katanya.

Jadi bagi mereka yang ingin mendapatkan hamburger bersaiz 25 sentimeter dan dilapisi kepingan hati itik, hirisan daging lembu dan kulat trufel yang diparut, bolehlah dapatkan sekarang.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top