Connect with us

Oh! Media

Had Umur Pembelian Minuman Arak Dinaikkan Kepada 21 Tahun

metd jj 1112 p02a jj 2jpg

Umum

Had Umur Pembelian Minuman Arak Dinaikkan Kepada 21 Tahun

Had pembelian minuman beralkohol atau arak dinaikkan dari umur 18 kepada umur 21. Ini diumumkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ingin mempertingkatkan had umur pembelian ini.

Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan berkata, “Melarang penjualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun berbanding dengan 18 tahun sebelum ini.

“Semua penjual minuman beralkohol diwajibkan untuk mempamerkan notis “Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan” di hadapan lokasi di mana minuman beralkohol dijual dan tanda larangan jualan minuman beralkohol kepada mereka yang berumur kurang daripada 21 tahun di kaunter jualan minuman beralkohol,” katanya.

IKLAN

Selain itu, penjual minuman beraklhol juga diwajibkan untuk meletakkan amaran ‘Meminum Arak Boleh Membahayakan Kesihatan’ di atas setiap produk minuman beralkohol sama seperti amaran di kotak rokok.

Menurutnya, pindaan peraturan tersebut terdiri daripada pindaan ke atas peraturan 361 mengenai standard am bagi minuman beralkohol yang sedia ada dan mewujudkan peraturan baru 386A mengenai Sebatian Minuman Keras (Compounded Hard Liquor atau CHL).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas