Connect with us

Oh! Media

Guru Rugi RM358,350 Kerana Ditipu Parcel Scam

Umum

Guru Rugi RM358,350 Kerana Ditipu Parcel Scam

Dengan hanya bermodalkan dengan panggilan telefon,terdalat satu lagi kes parcel scam dimana seorang guru wanita berusia 53 tahun di sebuah sekolah di Balik Pulau, berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM358,350 lesap selepas diperdaya sindiket terbabit.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan, mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Khalid’ dan mendakwa pegawai di sebuah syarikat kurier Ogos lalu.

“Mangsa ketika itu berada di sebuah sekolah di Teluk Kumbar, di sini dan sindiket terbabit mendakwa ada satu bungkusan yang dikirim kepadanya namun mangsa perlu membayar duti import dan caj penghantaran.

“Mangsa kemudian teringatkan mengenai rakan yang dikenali melalui Facebook yang sebelum itu memberitahu akan mengirim hadiah kepadanya dan tanpa mengesyaki apa-apa dia kemudian membuat bayaran melalui perbankan dalam talian,” katanya.

Anbalagan berkata, sindiket terbabit kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mendakwa bungkusan hadiah terbabit mengandungi wang tunai AUD$150,000 (RM441, 648) namun ditahan kastam.

“Mangsa diberitahu sindiket yang dia akan dikenakan hukuman mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan diminta membuat bayaran jika mahu menyelesaikan masalah itu.

“Kerana terlalu takut, mangsa kemudian membuat pembayaran dan dia melakukan 10 transaksi di beberapa mesin ATM sekitar daerah ini sejak Ogos hingga Oktober lalu yang jumlahnya mencecah RM358,350,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang menyedari ditipu sindiket terbabit kemudian membuat laporan polis dua hari lalu dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas