Connect with us

Oh! Media

Graduan M40 Kelas Pertama Bakal Dikecualikan Bayaran PTPTN

Ptptnjpg

Umum

Graduan M40 Kelas Pertama Bakal Dikecualikan Bayaran PTPTN

Perbincangan mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikalangan para graduan seringkali menjadi perbincangan. Hal ini dikaitkan dengan pelbagai kenyataan yang dibuat pihak kerajaan.

Menerusi pengumuman awal yang dibuat, para graduan yang membuat pinjaman PTPTN serta mempunyai tangga gaji diantara RM2,000 sehingga RM2,500 bakal dikenakan potongan pembayaran secara wajib sebanyak 2% atau RM40. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, potongan yang dikenakan ini juga bakal turut meningkat secara berkala sehingga 15% mengikut kenaikan gaji.

Selain itu, para graduan dalam golongan M40 yang berjaya mencapai ijazah sarjana muda kelas pertama bakal dikecualikan daripada membayar PTPTN. Pihak kerajaan turut menegaskan pembayaran balik masih dikenakan kepada golongan T20 meskipun memperoleh keputusan yang cemerlang.

IKLAN

Menyoal mengenai pinjaman PTPTN yang sebelum ini diumumkan cuma perlu dibayar buat mereka yang bergaji mencecah RM4,000 dan keatas, Timbalan Menteri menyatakan cadangan ini bakal dipertimbangkan semula apabila kedudukan kewangan negara kembali stabil.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas