Connect with us

Oh! Media

Grab Terima Dana Sebanyak RM819 Juta di Thailand

grabtoyotatransformedjpg

Umum

Grab Terima Dana Sebanyak RM819 Juta di Thailand

Syarikat pengangkutan awam Grab kini dalam satu laporan memaklumkan telah menerima pelaburan baharu dari pihak luar iaitu dari syarikat konglomerat dari Thailand sebanyak RM819 juta dan ini berikutan dengan prestasi syarikat yang semakin meningkat di sekitar Asia Tenggara.

Berdasarkan pelaburan yang diterima oleh Grab dari syarikat Central Group Thailand ini, ia mempunyai nilai lebih $15 bilion apabila mempunyai beberapa rangkaian seperti hotel, restoran serta lebih 30 pasar raya di sekitar Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Dalam kerjasama ini juga, Grab akan memberikan perkhidmatan Grab food dan Grab Car kepada pelanggan Central group sekaligus akan memberi akses kepada Grab untuk melebarkan lagi jaringan mereka di Thailand.

IKLAN

Jika dilihat dari laporan daripada Crunchbase, sejak 2012 Grab telahpun menerima dana sebanyak $6.8 bilion daripada para pelabur membuatkan Grab sebagai syarikat paling banyak menerima dana di Asia Tenggara.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas