Connect with us

Oh! Media

Google Maps Kini Mampu Kesan Bencana Alam? Seriuosly?!

1200x630wapng

Umum

Google Maps Kini Mampu Kesan Bencana Alam? Seriuosly?!

Siapa sangka kini Google Maps tampil dengan ciri tambahan baharu dalam menyediakan maklumat bervisual dan amaran bencana alam yang bakal berlaku.
Digital Trends melaporkan, dengan ciri baharu itu pengguna boleh melihat secara terperinci visual bencana alam seperti ribut, banjir atau gempa bumi sekali gus menghindari mereka daripada berkunjung ke lokasi yang berpotensi ditimpa musibah.
Dipetik dar Awani, ciri baharu yang dinamakan amaran SOS membolehkan pengguna melihat secara terperinci visual bencana alam seperti ribut, banjir atau gempa bumi sekali gus menghindari mereka daripada berkunjung ke lokasi yang berpotensi ditimpa musibah. Ia turut menyediakan ringkasan insiden beserta berita-berita terkini, nombor kecemasan untuk dihubungi dan laman web pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Antara kelebihan lain yang dimiliki, sekiraya pengguna terutamanya yang tinggal berhampiran dengan kawasan yang mungkin terjejas akan menerima notifikasi sehari sebelum berlakunya bencana. Jangkaan masa kejadian juga akan dinyatakan secara spesifik.
Selain itu, ‘shakemap’ di mana magnitud dan pusat gempa bumi akan turut dipaparkan di dalam aplikasi berkenaan beserta kod warna yang akan digunakan untuk mengenal pasti gempa di kawasan tertentu.
Walaupun ramalan banjir sudah boleh diakses di India, Google Maps merancang untuk terus meningkatkan lebih banyak ciri yang berkaitan dengan bencana, termasuk memberi isyarat kepada pengguna untuk menggunakan laluan yang selamat.
Sumber : Awani
OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

IKLAN
Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas