Connect with us

Oh! Media

‘Gold Note of Hope’ Diperkenal Poh Kong Bagi Hargai Kepimpinan Tun M

20181108mh05jpg

Umum

‘Gold Note of Hope’ Diperkenal Poh Kong Bagi Hargai Kepimpinan Tun M

Rangkaian barang kemas terbesar di Malaysia iaitu Poh Kong Jewellers Sdn Bhd kini telah melancarkan token patriotisme ‘Gold Note of Hope’ sebagai penghargaan kepada pemimpin terulung negara iaitu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berharga pada RM160 sekeping, Gold Note of Hope dijangka menjadi item koleksi khas tempatan yang menandakan saat penting bagi Malaysia.

Token itu dijual di semua outlet Poh Kong bermula hari ini. Dr Mahathir melancarkan token itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

IKLAN

Kepingan emas 999.9 itu menampilkan potret bertandatangan Dr Mahathir, Jalur Gemilang serta beberapa infrastruktur ikon negara dan bunga kebangsaan bunga raya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Poh Kong dan Pengarah Urusan kumpulan Choon Yee Seiong berkata sebanyak RM30 daripada setiap pembelian token tersebut akan disumbangkan kepada Tabung Harapan.

“Poh Kong komited untuk menyumbang sekurang-kurangnya RM1 juta menjelang penghujung tahun ini,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Dr Mahathir yang memuji inisiatif Poh Kong untuk menyumbang sebahagian perolehan kepada Tabung Harapan, berharap inisiatif berkenaan akan dicontohi syarikat lain untuk turut tampil dan menyumbang kepada negara.

 + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Sumber: Sinar

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas