Connect with us

Oh! Media

Gara-gara Nak Sweet Dengan Buah Hati, Seorang Juruterbang Tidak Dibenarkan Lagi Terbangkan Pesawat!

Umum

Gara-gara Nak Sweet Dengan Buah Hati, Seorang Juruterbang Tidak Dibenarkan Lagi Terbangkan Pesawat!

Sumber gambar dari Daily Mail

Seorang juruterbang dari China telah tidak dibenarkan lagi untuk menerbangkan sebarang penerbangan seumur hidup setelah makwenya buat hal. Hal apa yang makwe dia buat sampai kerjaya juruterbang berkenaan jadi taruhan? Ini kerana makwenya telah memuat naik sebuah gambar dirinya berada di kokpit pesawat ketika sedang dalam penerbangan di media sosial yang didedahkan oleh seorang blogger dengan kapsyen mengucapkan terima kasih kepada kapten berkenaan.

ADVERTISEMENT
Sumber gambar dari Daily Mail

Perbuatan juruterbang berkenaan telah menyebabkan syarikat penerbangan tersebut dikecam. bertindak dari itu, syarikat berkenaan telah menarik menarik lesen penerbangan juruterbang berkenaan dan mengharamkan dia dari mengendalikan mana-mana penerbangan.

Korang nak tahu, perbuatan juruterbang ni turut beri kesan kepada pekerja yang lain. Dipetik dari Metro Online, pembantu juruterbang, pengurus kabin, serta masing-masing seorang pramugari dan pengawal keselamatan dalam penerbangan turut digantung tugas 12 bulan. Dan pada masa sama, pengerusi syarikat diberi amaran keras manakala tiga bulan gajinya dipotong, dan pengurus besarnya diturunkan jawatan selain turut dipotong gaji untuk tempoh sama. Tindakan juga diambil terhadap empat eksekutif kanan syarikat.

Sumber: Metro Online

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Kami Selesaikan Cabaran 100,000 Langkah 100PLUS


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas