Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Menangkap Haiwan Cengkerang Terancam, Seorang Artis Berdepan Penjara Lima Tahun!

Umum

Gara-Gara Menangkap Haiwan Cengkerang Terancam, Seorang Artis Berdepan Penjara Lima Tahun!

Gara-gara menangkap haiwan bercengkerang yang terancam dan dilindungi iaitu,  kima gergasi dalam proses penggambaran sebuah program popular di Taman Negara Hat Chao Mai, Thailand  seorang pelakon Korea Selatan, Lee Yeol Eum berdepan hukuman penjara lima tahun. 

ADVERTISEMENT

Episod yang menyiarkan adegan menangkap kima pada 30 Jun lepas sekali gus mendedahkan kesalahan yang dilakukan oleh pelakon berusia 23 tahun itu yang secara terang-terangan melakukan kesalahan yang didaftarkan di bawah spesies terancam di Thailand.

Dalam pada itu, pada 4 Julai lalu, media Thailand melaporkan bahawa tindakan produksi dan pelakon yang terlibat jelas menyalahi undang-undang termasuk menggunakan bot atau melalui kaedah memancing untuk memburu hidupan bercengkerang itu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Taman Negara Hat Chao Mai, Narong Kongaid, yang bercakap kepada AFP dipetik sebagai berkata, dia telah membuat dua laporan terhadap Yeol Eum atas tuduhan melanggar peraturan Taman Negara dan Undang-undang Perlindungan Haiwan Liar Thailand pada Rabu.
“Dia boleh dijatuhi hukuman lima tahun penjara,” ucap Narong kepada AFP.
Sumber: Awani

+Baca respon pembaca di Oh! Media.


Facebook Oh! Media


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas