Connect with us

Oh! Media

(Gambar) Sekitar Kebakaran Di Wad Tengku Hospital Ampuan Rahimah, Klang

ohmedia hospital ampuan rahimah klang terbakar 3jpg

Umum

(Gambar) Sekitar Kebakaran Di Wad Tengku Hospital Ampuan Rahimah, Klang

Pesakit dan pekerja hospital di wad tingkat tujuh Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang cemas seketika apabila berlaku kebakaran di wad berkenaan. Kebakaran yang berlaku kira-kira 4.30 petang semalam itu berjaya dipadamkan dua anggota bomba yang kebetulan berada di bangunan berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada 4.39 petang.

Menurutnya, tindakan pantas dua individu berkenaan berjaya memadamkan api sebelum bomba tiba di lokasi kejadian. Siasatan awal juga mendapati kebakaran tersebut bermula dari suis saluran oksigen dan plug elektrik di wad berkenaan. Tiada mangsa yang terkorban atau tercedera di dalam kejadian ini. Punca dan kerugian masih di dalam siasatan.

IKLAN

Berikut lagi gambar-gambar yang dikongsikan bersama Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas