Connect with us

Oh! Media

Gagal Ujian Memandu – Pelajar Kolej Bertindak di Luar Jangkaan

Umum

Gagal Ujian Memandu – Pelajar Kolej Bertindak di Luar Jangkaan

Semalam, kecoh di media sosial sorang penuntut kolej bertindak diluar jangkaan apabila secara tiba-tiba mengacukan sebilah pisau kepada serang anggota JPJ ketika sedang diuji.

ADVERTISEMENT

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata dalam kejadian 10.23 pagi semalam di Mantin, lelaki yang berusia 18 tahun itu berang selepas dimaklumkan anggota JPJ berkenaan yang bertugas sebagai penguji bahawa beliau telah gagal kerana telah melakukan beberapa kesalahan jalan raya.

“Antaranya tidak berhenti ketika lampu isyarat merah. Justeru pengadu telah meminta calon berkenaan untuk berhenti iaitu 50 meter daripada persimpangan lampu isyarat Batang Benar di sini bagi tujuan menukar pemandu.

“Calon bagaimana pun masih kekal di tempat memandu dan telah mengambil beg berwarna hitam yang diletakkan di tempat duduk belakang serta mengeluarkan sebilah pisau potong sayur berukuran 12 inci dan mengacukan di rusuk kanan pengadu,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Nor Marzukee berkata walaupun diarahkan bertenang oleh pengadu, lelaki berkenaan berulang kali memberitahu mahu lulus ujian memandu selepas beliau sebelum ini gagal sebanyak tiga kali.

“Anggota JPJ berkenaan bagaimanapun dapat membuka pintu kereta lalu keluar dari kenderaan dan seterusnya menghubungi penyelia calon dan polis bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Susulan itu, sepasukan anggota polis telah bergegas ke lokasi kejadian dan telah menahan suspek.

“Ujian air kencing ke atas suspek yang berasal dari Kuala Lumpur itu mendapati negatif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh,” katanya.

Sumber: Bernama

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas