Connect with us

Oh! Media

Gagal Bawa Pulang Kejuaraan – Tan Cheng Hoe Serah Nasib Pada FAM

Umum

Gagal Bawa Pulang Kejuaraan – Tan Cheng Hoe Serah Nasib Pada FAM

Akibat gagal membawa pulang kejuaraan Piala Aff Suzuki 2018 yang memperlihatkan skuad Harimau Malaya Tewas 3-2 di tangan Vietnam, pngendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyerahkan nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sama ada mahu melanjutkan kontraknya yang bakal berakhir hujung bulan ini.

ADVERTISEMENT

“Semua keputusan terletak kepada pihak pengurusan tertinggi FAM. Saya sebagai jurulatih berasa sudah memberikan yang terbaik dan saya harus berterima kasih kepada pemain, barisan pemain, jurulatih dan pengurusan FAM kerana memberi sokongan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui, Harimau Malaya sudah mempamerkan peningkatan khususnya sepanjang kempen Piala AFF.Namun tidak mahu semua pemain terlalu cepat berpuas hati dengan pencapaian yang dikecapi.

“Petanda positif sebelum itu, kita tahu apabila bermain dengan pasukan lebih baik kita sentiasa bertahan, cuma main serangan balas, tetapi kali ini kita nampak pasukan bermain dengan corak menyerang ketika berdepan dengan Thailand, Vietnam.

“Pemain harus percaya jika kita bermain dengan corak itu, suatu hari nanti kita akan menang dengan pasukan ranking lebih baik. Kita kena ke depan, pemain kena konsisten dalam liga tempatan,” kata Cheng Hoe.

Malaysia kini berjaya memperbaiki kedudukan ranking ke-174 kepada 167 dunia selepas Vingada mengundurkan diri.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas