Connect with us

Filem Suatu Ketika Cetus Fenomena Selepas Harungi Minggu Mencabar

Umum

Filem Suatu Ketika Cetus Fenomena Selepas Harungi Minggu Mencabar

Selepas mengharungi minggu yang mencabar sejak ia mula ditayangkan pada 12 September lepas, filem Suatu Ketika Langitkan Impiangmu arahan Parakash Murugiah dan inspirasi dengan semangat ‘Malaysia Boleh’ sempena sambutan Hari Malaysia akhirnya berjaya kembali di pawagam selepas mendapat jumlah tontonan yang kurang memberansangkan.

Ini semua terjadi, selepas filem Suatu Ketika mendapat banyak komen positif dari penonton yang melihat ia merupakan satu karya yang terbaik dan wajib ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Suatu Ketika ini mengesahkan sekumpulan kanak-kanak kampung dari Sekolah Ujong Pasir dan ia berlatar belakangkan tahun 50-an. Kisah ini bermula apabila sekolah mereka telah mendapat pelawaan untuk menyertai pertandingan bola sepak antara sekolah melayu dan sekolah British dan pada tahun ini mereka yakin untuk beraing.




Jadi, dalam filemi ni korang akan dapat melihat satu filem yang sangat cantik dan mampu mengembalikan kenangan nostalgia 50-an dan ditambah pula dengan semangat perjuangan, harapan, impian rakyat, kegembiraan dan semangat kebersamaan.

Apa yang paling menarik minat Ohmedia bila menonton filem Suatu Ketika ini adalah, kebanyakan pelakon utama dalam filem ini adalah pertama kali berlakon dan mereka berjaya membawa watak dengan natural dan sangat memberi kesan kepada penonton.

Lagi satu yang menarik adala lagu OST yang ada dalam filem ini. Perghh, dah lama rasanya Ohmedia tak dengar nyanyian Zainal Abidin dengan lagu berjudul Ayuhlah dan lagu kedua pula dinyanyikan Viona dengan lagu Senja.

Lakongan mantap Nam Ron dan Pekin Ibrahim tak payah cerita lah. Korang pun mesti dah tahu kan? Ada jer nama-nama ni, mesti akan jadi terbaik punya filem tu. Jadi apa pula pendapat korang tentang filem Suatu Ketika ni? Kalau belum tonton boleh pergi cuba tengok waktu pawagam berhampiran dengan korang. Support filem tempatan yang berkualiti.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Media Makan


Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top