Connect with us

Oh! Media

Filem Lelaki Harapan Dunia Di Pawagam 27 November Ini

Branded

Filem Lelaki Harapan Dunia Di Pawagam 27 November Ini

Kalau korang tanya kami tentang filem tempatan bagaimana yang paling OhMedia suka, jawapan dia tentulah filem tempatan yang mempunyai wajah, jiwa, dan berlatar-belakangkan kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Malaysia itu sendiri. Filem dari mana lagi yang dapat mencerminkan kehidupan masyarakat kita sendiri kalau bukan dari filem tempatan betul tak?

Mesti ramai yang tak akan lupa karya filem tempatan yang hebat seperti filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid yang gemar memaparkan filem dengan latarbelakang dan wajah kehidupan masyarakat di Malaysia. Filem sebegini secara tak langsung terus mengekalkan keindahan filem-filem lama arahan Tan Sri P Ramlee contohnya untuk terus segar di dalam jiwa rakyat Malaysia hari ini.

27 November 2014 ini pula filem Lelaki Harapan Dunia akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia dan kami rasa mungkin filem Lelaki Harapan Dunia ini akan meneruskan legasi filem dengan niche yang sebegini. Melihat pada tajuk dan trailer filem ini sendiri sudah menampakkan kelainan dari lambakan filem tipikal yang membanjiri pasaran filem negara kita hari ini.

Lihat pula pada senarai pelakonnya seperti Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid and Azhan Rani, boleh dikatakan semuanya merupakan “Living Legends” dan pemenang banyak anugerah berprestij.

Sinopsis:

Filem Lelaki Harapan Dunia (Men Who Save The World) berkisah tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi-sembunyi. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah “hantu” itu “Orang Minyak”?

Trailer:

Kalau korang macam ni prefer filem-filem tempatan yang begini, bermula 27 November 2014 ini pergilah tengok ya? Ini adalah antara filem terbaik yang terpilih ke Festival Filem Taipei Golden Horse. Sama-sama berikan okongan untuk filem-filem tempatan seperti ini dan yang bertanding dalam Filem Festival Antarabangsa seperti filem Lelaki Harapan Dunia ini mampu untuk pergi lebih jauh.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas