Connect with us

Oh! Media

Lelaki Harapan Dunia Terpilih Ke Festival Filem Taipei Golden Horse

Branded

Lelaki Harapan Dunia Terpilih Ke Festival Filem Taipei Golden Horse

Festival Filem Taipei Golden Horse (TGHFF) merupakan festival filem terbesar di Taiwan akan mempersembahkan 180 buah filem dari seluruh dunia tahun ini. Lelaki Harapan Dunia (Men Who Save The World) akan bertanding dalam kategori Asian Window untuk Anugerah NETPAC.

TGHFF akan berlangsung dari 6 hingga 21 November 2014 dan salah satu acara kemuncak ialah Anugerah Golden Horse yang merupakan salah satu anugerah filem paling berprestij dalam industry perfileman bahasa Cina. Artis utama yang akan menghadiri festival tahun ini termasuk Gong Li, Tang Wei , Sean Lau , Chen Jianbin, Chang Chen , Ethan Ruan dan ramai lagi.

Filem Lelaki Harapan Dunia ialah sebuah filem komedi drama yang mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman yang mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh sekampung. Filem ini membariskan pelakon berpengalaman antaranya Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, dan Azhan Rani. Ia diterbitkan oleh Sharon Gan dan diterbitkan bersama oleh Everything Films Sdn. Bhd. (Malaysia), Volya Films (Belanda), Flying Moon Filmproduktion (Jerman) dan Mandra Films (Perancis).

Tayangan perdana dunia untuk Lelaki Harapan Dunia ialah di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2014. Pada bulan September 2014, tayangan perdana di Amerika Utara ialah di Festival Filem Antarabangsa Toronto, diikuti oleh tayangan perdana Asia di Festival Filem Antarabangsa Nara di Jepun. Dalam bulan Oktober lepas, ia terus maju di festival filem antarabangsa dan telah menyertai Festival Filem Antarabangsa Vancouver yang ke-33. dan Festival Filem Antarabangsa Busan yang ke-19. Ia kini baru sahaja ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Kolkata yang berlangsung dari 10 hingga 17 November 2014 lalu.

Lelaki Harapan Dunia akan menemui penonton Malaysia di layar perak bermula 27 November 2014 ini. Anda boleh mengikuti perkembangan filem ini dan menyertai pelbagai contest yang dianjurkan melalui Facebook mereka di www.facebook.com/lelakiharapandunia

Trailer:

Sinopsis:

Filem Lelaki Harapan Dunia (Men Who Save The World) berkisah tentang sebuah kampung yang terjadi kekacauan akibat kesalahfahaman penduduk kampung yang menyangka rumah terbiar yang dalam perancangan dipindahkan dari hutan ke kampung untuk Pak Awang dihuni oleh “hantu” sedangkan terdapat seorang pendatang asing Afrika yang menghuni secara sembunyi-sembunyi. Pak Awang cuba menyakinkan penduduk kampung agar tidak percaya kepada tahyul, tetapi tiada siapa yang ingin mendengar. Benarkah “hantu” itu “Orang Minyak”?

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas