Connect with us

Oh! Media

FELDA United FC Berjaya Dapatkan Bekas Gandingan Torres – Kei Ikeda

50399538 2337231302988223 8104129196176965632 njpg

Umum

FELDA United FC Berjaya Dapatkan Bekas Gandingan Torres – Kei Ikeda

Untuk musim kali ini, FELDA United FC telah berjaya mendapatkan khidmat pemain Kei Ikeda yang merupakan pemain dari kelab Sagan Tosu di liga satu Jepun. Kei Ikeda merupakan seorang pemain yang mempunyai pengalaman yang agak meluas kerana beliau turut pernah beraksi bersama-sama penyerang handalan Sepanyolm Fernando Torres.

Ikeda yang telah menjalani sesi latihan bersama FUFC turut mengakui memang ada perbezaan di antara liga M dan Jepun, namun menganggap ia turut mempunyai kualiti tersendiri.

“Saya akui ia bukan satu tugas mudah. Namun, sebagai pemain, saya anggap ia sebagai satu cabaran yang harus ditempuhi.

IKLAN

“Saya bertekad untuk memberikan aksi terbaik pada setiap perlawanan dan berharap rakan sepasukan dapat membantu,” katanya.

Ikeda adalah antara empat tonggak import yang menjadi pertaruhan FUFC, selepas mengikat Jocinei Schad dari Brazil dan Jaycee Jhon Okwunwanne (Bahrain), serta mengekalkan bek kental musim lalu, Thiago Junior De Aquino.

“FUFC adalah satu nama besar dan mempunyai sejarah yang cukup hebat pada saingan Liga M, terutamanya selepas muncul juara Liga Perdana musim lalu selain turut beraksi di Piala AFC pada 2016.

“Malah, pasukan ini juga saya pernah muncul naib juara Liga Super 2016. Saya tidak sabar untuk membantu pasukan kembali menjadi pasukan digeruni,” katanya.

Sumber: FB Felda United FC

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas