Umum
Felda akan terima Pengerusi baharu? Siapa?!


“Hampir setahun Felda beroperasi dengan misi, visi baharu dan nilai teras baharu. Dalam masa setahun ini juga beberapa pelan transformasi telah diperkenalkan dan diketengahkan. Tiga telah berjaya dilaksanakan, tujuh masih lagi dalam proses penyelesaian dan selebihnya bakal menyusul selewat-lewatnya hujung 2019. Itulah perjalanan dan penglibatan saya selama berkhidmat di sini. Namun begitu, perjalanan saya sudah sampai ke penghujungnya. Dengan itu pada hari ini, dengan berat hati saya ingin mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Felda. Hari terakhir saya di agensi yang gemilang ini bermula pada 30 Jun 2019,” menurut salinan emel tersebut.
