Connect with us

Oh! Media

Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup Pada 28 Januari

Umum

Fasa Pertama Bantuan Sara Hidup Pada 28 Januari

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng telah memaklumkan tarikh pengagihan Bantuan Sara Hidup, BSH 2019 fasa pertama yang akan diberikan pada 28 Januari tahun hadapan. Pemberian ini dilihat akan memanfaatkan sebanyak 4.1 juta isi rumah.

ADVERTISEMENT

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan terpaksa menggunakan pangkalan data lama yang kemungkinan besar mengandungi nama penerima yang tidak layak, bagi membolehkan bayaran dibuat sebelum Februari 2019.

“Proses pemutihan yang akan mengeluarkan nama penerima tidak layak kerana mereka bukan daripada golongan B40 memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan.

“Atas keprihatinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pembayaran BSH 2019 dijangka memanfaatkan sehingga 4.1 juta isi rumah melalui pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah.

“Ini membabitkan peruntukan berjumlah RM1.2 bilion dan bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Walaubagaimanapun, untuk pembayaran BSH fasa kedua dan ketiga, kerajaan akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019 sebaik sahaja pengkalan data dikemas kini.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas