Connect with us

Enam Lagi Letupan Bom Dilaporkan Di Songkla Thailand

Umum

Enam Lagi Letupan Bom Dilaporkan Di Songkla Thailand

Songkla dikejutkan dengan enam lagi letupan bom dilapor diletupkan di beberapa daerah di wilayah yang terletak berhampiran sempadan Malaysia -Thailand itu.

Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang, berkata letupan terbabit menyasarkan tiang elektrik, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Kami percaya letupan bom itu berkait dengan kejadian serangan bom di Pantai Samila lewat malam tadi,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu Wiranan berkata serangan bom malam tadi dipercayai didalangi oleh anggota kumpulan bersenjata Barisan Revolusi Nasional yang aktif di wilayah ini sejak 14 tahun lalu.

“Kedua-dua bom semalam diaktifkan menerusi jam tangan,” kata gabenor itu yang percaya serangan bertujuan memusnahkan ekonomi dan industri pelancongan wilayah Songkla.

Pihak berkuasa Thailand sekarang sedang giat mengesan pergerakan kumpulan ini dan akan meningkatkan kawalan keselamatan bagi bersiap siaga kepada sebarang kemungkinan dan serangan susulan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

To Top