Connect with us

Oh! Media

Ejen Ali The Movie Bakal Ditayangkan Di Pawagam Penghujung Tahun Hadapan

adafsgpng

Umum

Ejen Ali The Movie Bakal Ditayangkan Di Pawagam Penghujung Tahun Hadapan

Bagi peminat animasi Ejen Ali pastinya tidak sabar menantikan kemunculan Ejen Ali The Movie yang dikatakan akan berada di pawagam.

Animasi Ejen Ali The Movie dikatakan bakal membawa karakter animasi itu ke layar perak pada penghujung tahun hadapan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid, proses pembikinan filem animasi berkenaan sudah dimulakan sejak dua bulan lalu dan bakal menyelitkan karakter baharu dari zaman silam Ejen Ali.

“Kami ingin membawa penonton untuk menyelami dunia Ejen Ali dengan lebih mendalam apabila memperkenalkan watak MATA (milik agensi pengintip), pelbagai peranti dan kenderaan lebih canggih dalam versi filem.

IKLAN

“Malah, kami turut mewujudkan watak antagonis penuh misteri dari masa silam Ali dan perantis IRIS 2.0. Elemen mengujakan ini akan dilengkapkan dengan cerita penuh emosi,” katanya.

Usamah yang juga pengarah filem berkenaan berkata, perancangan membawa karakter animasi itu ke layar perak diperkukuhkan dengan pelan pemasaran komprehensif.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas