Connect with us

Oh! Media

Ejen Ali & Geng General Rama Mamak Maju Terus Catat Sejarah Kutipan RM6.4 Juta Selepas 3 Hari Tayangan

Umum

Ejen Ali & Geng General Rama Mamak Maju Terus Catat Sejarah Kutipan RM6.4 Juta Selepas 3 Hari Tayangan

Selepas menjadi filem animasi tempatan pertama di Malaysia yang mendapat kutipan awal tertinggi, nampaknya filem Ejen Ali The Movie Misi Neo terus konsisten mencatatkan kutipan yang tinggi apabila kini telah memungut RM6.4 juta selepas tiga hari ia ditayangkan di lebih 162 buah pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

ADVERTISEMENT

Bertepatan dengan cuti sekolah, nampaknya ia amat membantu bagi mengajak orang untuk beramai-ramai ke pawagam. Ia juga dibantu dengan hasil penceritaan dan kualiti animasi yang dihasilkan oleh Wau Animation itu sendiri yang memberikan banyak kejutan dan pusingan plot yang mengejutkan kepada penonton.

Apa yang pasti, ia bukan sekadar menarik minat kanak-kanak, tetapi turut menarik minat orang dewasa untuk menyaksikan sendiri penceritaan Ejen Ali kali ini.

Semua ini menyuntik semangat kami menghasilkan produk terbaik sebagai tanda sokongan penonton terhadap penerbitan tempatan terutama filem animasi bertaraf antarabangsa ini. Kami sangat berterima kasih dan berbesar hati menerima maklum balas positif daripada pelbagai kelompok penonton yang memberikan lima bintang kepada Ejen Ali The Movie. Kami harap lebih ramai lagi ‘turun’ menikmati pengembaraan bersama ejen istimewa kami ini tidak kira bersama keluarga mahu pun rakan. – Jelas Datuk Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios.

Jadi untuk korang yang belum sempat untuk pergi tonton filem Ejen Ali The Movie tu, Ohmedia jamin yang duit untuk beli tiket yang korang keluarkan akan sangat berbaloi. Bertindak segara!

Oh ya! Siapa yang dah tengok Ejen Ali The Movie tu mesti masih bermain-main lagu Mamak Maju kan? Nah layan cepat!




+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas