Connect with us

Oh! Media

Duta Palestin Ke Malaysia Melihat Ketegasan Malaysia Harus Disokong Masyarakat Antarabangsa

Fw821160 kl17 290119 palestine bn201901289413 lpr seojpg

Umum

Duta Palestin Ke Malaysia Melihat Ketegasan Malaysia Harus Disokong Masyarakat Antarabangsa

Duta Palestin iaitu Walid Abu Ali hari ini menyatakan bahawa suara lantang yang telah diberikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahahtir Mohamad dalam isu Palestin perlulah mendapat sokongan pihak dan negara di seluruh dunia.

“Saya secara peribadi sedih melihat bagaimana Malaysia dan Dr Mahathir dibiarkan bersendirian berhubung isu baru-baru ini, yang mana, malangnya, turut menyaksikan negara Arab lain turut mendiamkan diri dalam perkara itu.

“Ini tidak sepatutnya berlaku, jadi saya berharap mereka yang percayakan demokrasi, hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa untuk (sekurang-kurangnya) tampil ke hadapan dan menunjukkan solidariti dengan Malaysia dan pemimpinnya.

IKLAN

“Saya harap kita dapat elakkan ‘double standards’ apabila timbul isu Israel dan Palestin.”

Pandangan ini diberikan setelah Malaysia telah dilucutkan kelayakannya oleh IPC untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Renang Para Dunia 2019 kerana tetap dengan keputusan untuk tidak membenarkan perenang Israel masuk ke Malaysia.

Walid juga berkata rakyat Palestin sentiasa berterima kasih kepada kerajaan dan rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan Palestin selama tujuh dekad.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas