Connect with us

Oh! Media

Dunia – Datuk Bandar Oaxaca Mexico Ditembak Mati Kurang 2 Jam Mulakan Tugas

alejandro aparicio 1jpg 1718483347jpg

Umum

Dunia – Datuk Bandar Oaxaca Mexico Ditembak Mati Kurang 2 Jam Mulakan Tugas

Datuk bandar sebuah bandar kecil di wilayah Oaxaca selatan Mexico, ditembak mati dua jam selepas memulakan tugas, kata pegawai pendakwa tempatan, lapor agensi berita Xinhua.

Alejandro Apricio, Datuk Bandar Tlaxiaco dan lima pegawai pengiring diserang ketika melakukan lawatan kerja di sekitar bandar.

Apricio, ahli parti pemerintah Gerakan Regenerasi Kebangsaan Mexico (Morena), meninggal dunia disebabkan kecederaan, manakala yang lain sedang dirawat.

IKLAN

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Datuk Bandar Tlaxiaco. Saya meminta siasatan menyeluruh dilakukan oleh jaksa pendakwa dan saya dimaklumkan suspek utama sudah ditangkap,” kata Gabenor Oaxaca, Alejandro Murat menerusi tulisan di laman Twitter. –

Sumber: BH

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas