Connect with us

Oh! Media

Dunia – 15 Ekor Kambing Didaftarkan Ke Sekolah Rendah?

France bleau 1024x507png

Umum

Dunia – 15 Ekor Kambing Didaftarkan Ke Sekolah Rendah?

Memang tiada apa yang mustahil di dunia ini apabila haiwan juga mendapat peluang ke sekolah untuk belajar. Situasi ini berlaku di sebuah sekolah rendah di bandar kecil berhampiran kaki gunung Alps, Perancis apabila kira-kira 15 ekor kambing didaftarkan sebagai pelajar baru disekolah berkenaan.

15 ekor kambing ini dimasukkan ke sekolah rendah berikutan dengan jumlah penurunan pelajar sehingga ada beberapa kelas yang terpaksa ditutup. Namunm, situasi ini amat merisaukan bagi ibu bapa pelajar yang merasakan sekolah juga akan ditutup dan ini akan menjejaskan pembelajaran anak mereka.

Selepas pihak sekolah mengumumkan rancangan menutup salah satu dari 11 kelas di sekolah itu disebabkan penurunan jumlah pelajar dari 266 kepada 261, seorang pengembala tampil memberikan beberapa ekor kambingnya untuk didaftarkan di sekolah tersebut.

IKLAN


Pada hari pendaftaran tersebut sebanyak 50 ekor yang dibawa oleh penternak di situ dan hanya 15 ekor sahaja telah didaftarkan secara rasmi selepas menunjukkan sijil kelahiran mereka.

Kemasukan 15 ekor kambing ini diraikan dengan sangat meriah yang dihadiri 200 orang termasuk guru, ibu bapa, pelajar dan pihak berkuasa. Langkah ini juga disokong oleh Datuk Bandar, Jean-Louis Maret dan kini sekolah terbabit tidak jadi untuk menutup mana-mana kelas.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas