Connect with us

Oh! Media

Dua Lelaki Pukul Pekerja Stesen Minyak Perlu Serah Diri Kepada Polis

Umum

Dua Lelaki Pukul Pekerja Stesen Minyak Perlu Serah Diri Kepada Polis

Baru-baru ini tersebar satu video yang menunjukkan dua lelaki memukul dan membaling objek kepada seorang pekerja stesen minyak di Sungkai. Kedua-dua lelaki itu bagaimanapun diminta untuk menyerahkan diri kepada polis bagi membantu siasatan.

ADVERTISEMENT

“Kedua-dua saksi atau sesiapa yang mengenali saksi berkenaan boleh berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Asisten Superintendan Ong Chin Yong di talian 012-2013048,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam laporan polis yang turut ditularkan, mangsa berusia 24 tahun dan tinggal di Kampung Changkat Sulaiman, Sungkai mendakwa seorang daripada kumpulan lelaki bermotosikal mahu mengisi minyak petrol, namun tidak dimaklumkan jenis minyak yang ingin diisi.

“Sejurus menyedari motosikalnya tidak diisi minyak RON97, pemilik motosikal terbabit kemudiannya tidak berpuas hati dengan saya dan mendakwa saya cuai. Saya kemudiannya memohon maaf, namun kumpulan bermotosikal bersama lelaki terbabit segera masuk kembali ke kaunter dan menarik saya keluar.

“Sekali lagi saya mohon maaf namun mereka bukan sahaja tidak mengendahkan, malah turut memukul dan membaling saya dengan tin minuman sehingga lebam muka,” lapor mangsa.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas