Connect with us

Oh! Media

Dua Jemaah Wanita Dicabul Seorang Lelaki Di Surau

Oh! Tidak

Dua Jemaah Wanita Dicabul Seorang Lelaki Di Surau

Baru-baru tular di media sosial apabila terdapat seorang lelaki telah mencerobohi bahagian solat wanita di sebuah Surau di Indonesia lalu melakukan aksi tidak senonoh ditangkap melalui Sistem Televisyen Tertutup (CCTV).

ADVERTISEMENT

Kejadian yang tular itu menimbulkan kemarahan orang ramai apabila kejadian seperti itu bukanlah pertama kali berlaku di sebuah surau apabila sebelum ini terdapat seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak wanita yang mengikuti ibunya untuk solat di sebuah masjid.

Berbalik kepada kejadian tersebut, ia dipercayai berlaku di Surau Al-Amin di daerah Jatinegara, Jakarta Timur mendapati seorang lelaki yang memakai baju-T bewarna kelabu berserta kain pelikat dilihat memasuki ruang solat wanita sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

Ketika salah seorang jemaah sedang menunaikan solat, lelaki itu menghampiri seorang jemaah wanita sebelum melondehkan kain yang dipakainya lalu berdiri di belakang wanita tersebut sambil melakukan perkara yang tidak senonoh.

Selepas melakukan aksi tersebut, dia kemudian menuju ke seorang lagi jemaah wanita sebelum mengulangi aksinya yang serupa dengan wanita yang pertama tadi.

Tidak lama kemudian, Salah satu jemaah wanita terbabit menyedari perbuatan lelaki tersebut lalu memarahinya serta menghalaunya keluar daripada tempat tersebut.

Lelaki itu kemudian tergesa-gesa mengambil barang-barangnya sebelum meninggalkan tempat tersebut.

Video yang tular itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial Instagram bernama @martapurapedua dan dipercayai lelaki tersebut telah berjaya diberkas oleh polis Jatinegara.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen pada video di Intagram yang kini telah ditonton hampir 3,000 itu mengecam tindakan lelaki tersebut selain turut kesal perbuatan tersebut boleh berlaku di tempat suci iaitu Rumah Allah.

Kredit: Kosmo!, martapurapedua

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas