Connect with us

Oh! Media

Dron Nano Black Hornet Terkecil Di Dunia Mendapat Pesanan Tentera AS dan Perancis

Umum

Dron Nano Black Hornet Terkecil Di Dunia Mendapat Pesanan Tentera AS dan Perancis

Kini, teknologi dron dilihat semakin berkembang apabila ia hadir dengan pelbagai reka bentuk, saiz dan kemampuan yang berbeza-beza. Tapi adakah anda tahu bahawa penggunaan dron ini telah lama digunakan oleh tentera sejak sebelum Peperangan Dunia Pertama lagi yang digunakan oleh tentera Austria pada tahun 1849.

ADVERTISEMENT

Walaubagaimanapun, teknologi dron ini masih menjadi alat yang berguna untuk ketenteraan dan ia semakin baik mengikut perkembangan arus teknologi.

Black Hornet ada sebuah dron keluaran FLIR dan ia merupakan dron yang terkecil di dunia yang digunkan tentera.Minggu lalu pihak FLIR mengumumkan mereka menerima pesanan bernilai $39.6 juta untuk membekalkan Black Hornet untuk tentera Amerika Syarikat.

Sebelum itu pula, Negara Perancis turut telah melakukan pesanan yang bernilai $89 juta. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa negara-negara besar dunia turut telah la bergerak untuk meningkatkan kawalan keselamatan negara mereka.

Black Hornet juga mampu untuk melakukan peninjauan peribadi untuk anggota infanri dan ini memang amat sesuai digunakan kerana ia hanya sepanjang 168mm dan seberat 33 gram. Ia juga mampu untuk beriperasi selama 25 minit sama seperti dron biasa dan mampu untuk pergi sejauh 2 km.

Setakat ini, Black Hornet telah berjaya dijual sebanyak 8000 unit yang dibeli bagi tujuan ketenteraan di seluruh dunia dan banyak negara dilihat berminat kerana saiznya yang kecik dan tidak menghasilkan bunyi yang bising serta sukar dikesan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas