Connect with us

Oh! Media

Dr Waleed Hakeem Kongsikan Suasana Malam Dengan Matahari di Noway

Umum

Dr Waleed Hakeem Kongsikan Suasana Malam Dengan Matahari di Noway

Fenomena dunia tanpa malam atau Midnight Sun kini boleh dirasai di garisan Artik, Noway dan semua penduduk di sana berkongsikan saat-saat situasi itu berlaku.

ADVERTISEMENT

Salah seorang penduduk iaitu imam Dr Waleed Hakeem turut sempat berkongsi video rakaman berdurasi 7 minit 33 saat yang telah dimuat naik di Facebook miliknya dengan menunjjukkan suasana di negara itu yang cukup mengagumkan apabila matahari masih kelihatan walaupun malam sudah menjelma.

Dalam rakaman video itu, beliau juga memberitahu, penduduk menunaikan solat Tarawih di bawah sinaran matahari nyata memberi kelainan.

Jelasnya, matahari bergerak secara bulatan di sekitar langit sepanjang hari.

Disebabkan itu, matahari tidak berada di kedudukan sebelah barat, namun berada di sebelah utara.

Selain matahari pada waktu malam, keindahan bulan penuh juga dapat dilihat di sekitar Artik. Dr Waleed Hakeem berkata, fenomena itu tidak menghairankan kerana ia disebut di dalam surah Al-Kahfi.

Beliau menambah fenomena itu hanya berlarutan beberapa tahun sahaja.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas