Connect with us

Oh! Media

Dr Hisham Bawa Gelaran Tan Sri, Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Rasmi YDPA

Ohmedia hero negara dr noor hishampng

Oh! Negara

Dr Hisham Bawa Gelaran Tan Sri, Terima Anugerah Sempena Hari Keputeraan Rasmi YDPA

Hari ini berlangsung hari penganugerahan kepada tokoh-tokoh negara bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Penganugerahan ini berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya dan seramai 31 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama).

Antara individu yang menarik perhatian Ohmedia adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

IKLAN

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah layak menerima PSM ini selepas usaha dan perkhidmatan yang diberikan beliau dalam memerangi wabak Covid-19 sejak Mac hingga sekarang patut dipuji.

Selain itu, ‘orang kuat’ barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Dr Norhayati Rusli dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM) bersama 37 individu lain.

Kredit: BERNAMA

+ Baca respon pembaca yang bangga dengan Dr Noor Hisham di Facebook Oh! Media.



🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas