Connect with us

Oh! Media

Dr Amalina Terpilih Sebagai Penerima Anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship

Umum

Dr Amalina Terpilih Sebagai Penerima Anugerah Darzi Academic Clinical Fellowship

Siapa tidak kenal dengan nama seorang pelajar terbaik SPM pada tahun 2004 apabila mendapat 17A1 iaitu Dr Nur Amalina Che Bakri dan kini dilaporkan telah terpilih untuk menerima Darzi Academic Clinical Fellowship di Imperial College London.

Kejayaannya dikongsikan melalui Twitternya iaitu @dramalinabakri apabila memanjatkan rasa syukur di atas penganugerahaan itu dan berazam untuk terus kerja keras dan membuatkan Malaysia bangga dengan pencapaiannya di masa depan.

Dr Nur Amalina sebelum ini pernah tersenarai antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom dan kerajinannya berkongsi maklumat mengenai kesihatan dan kisah harian di media sosial membuatkan gadis kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menjadi idola generasi muda.

IKLAN

Walaubagaimanapun, kini Dr Amalina memaklumkan untuk berhenti seketika rutinnya untuk berkongsi ilmu dan pandangan dalam dunia perubatan kerana ingin memberikan sepenuh tumpuan untuk latihan pakar dalam pembedahan umum, matlamat kerjaya dan pengajian Doktor Falsafah (PHD).

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas