Connect with us

Oh! Media

Dr Amalina Bersama Pasukan Perubatan Siap Sedia di UK – Mohon Bantuan Orang Ramai

Umum

Dr Amalina Bersama Pasukan Perubatan Siap Sedia di UK – Mohon Bantuan Orang Ramai

Sebelum ini telah tersebar di media sosial tentang adik Ainul Mardhiah yang kini sedang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumor” dan memerlukan bantuan kewangan bagi melakukan rawatan.

Kini, Dr Nur Amalina Che Bakri yang merupakan seorang Pakar Pelatih Surgikal telah menggesa orang ramai untuk memberikan sedikit sumbangan bagi membawa adik Ainul segera ke London.

Untuk pengetahuan korang, Amalina kini berada di sebuah hospital terkemuka di UK dan dia dilihat betul-betul berhasrat untuk membantu dengan memuat naik status di ‘story’ Instagram miliknya.

IKLAN


Sementara itu, bapa kepada bayi Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, turut memuat naik di Facebook miliknya mengatakan pasukan doktor Pakar Pelatih Surgikal kelahiran Malaysia itu sudah siap sedia di sana.

“Mereka (pakar perubatan) di United Kingdom (UK) sudah bersedia untuk merawat Ainul Mardhiah, semoga ALLAH permudahkan.

Untuk anda menghulurkan bantuan boleh terus salurkan ke akaun Maybank milik ayah Ainul 554110509928 (Ahmad Safiuddin Ahmad Razak).

Ainul Mardhiah berusia lapan bulan merupakan anak pasangan Ahmad Safiuddin dan isterinya, Nurul Erwani, 24.

Menerusi media tempatan, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungan Nurul Erwani tujuh bulan dan lahir dalam keadaan sudah menghidap kanser itu.

Ainul Mardhiah yang dirawat di Hospital Melaka (HM) sebelum ini sudah stabil lalu dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di mulut ketika berusia 10 hari.

Bagaimanapun pada Oktober lalu, mereka dimaklumkan ada ketumbuhan baharu di bahagian leher bayi itu sebelum disarankan menjalani kemoterapi pada Disember lalu.

Sumber: GPSBestari

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas