Connect with us

Oh! Media

Disebalik Kejayaan Harimau Malaya – TMJ Sentiasa Membantu

Umum

Disebalik Kejayaan Harimau Malaya – TMJ Sentiasa Membantu

Disebalik kejayaan pasukan Harimau Malaya Menentang Thailand semalam, bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kebangkitan skuad bola sepak negara adalah hasil daripada perancangannya ketika memimpin badan induk itu sebelum ini.

ADVERTISEMENT

Kejayaan ini turut adalah kemuncak kepada prestasi membanggakan keseluruhan pasukan kebangsaan yang di bawah FAM termasuk skuad bawah 23 (B-23) dan B-19 tahun negara.

Tunku Ismail di laman sosial Twitternya, beliau mengucapkan tahniah kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe (TCH) yang beraksi di perlawanan akhir pada 11 dan 15 Disember ini dengan final pertama akan berlangsung di Bukit Jalil terlebih dulu.

“Yarghhh… siapa yang letak TCH di situ, OKS (Datuk Ong Kim Swee) dalam pasukan B-23 dan Bojan Hodak B-19. Semua perancangan berjalan dengan baik. ‘Claim’ jangan tak ‘claim’. Tahniah Malaysia dan FAM. Cinta, TMJ (Tunku Mahkota Johor),” katanya.

Sebelum ini, TMJ turut sempat merombak sistem kejurulatihan membabitkan tiga pasukan kebangsaan dengan melantik Bojan Hodak untuk membimbing skuad B-19, Kim Swee skuad B-23 dan memilih Nelo Vingada sebagai pengendali skuad senior sambil Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih.

Namun selepas membimbing Malaysia dalam tujuh perlawanan sejak tiba di negara ini pada Mei 2017, Vingada masih belum mencatat sebarang kemenangan dan beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan sebelum diserahkan kepada Cheng Hoe pada penghujung tahun lalu.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas