Connect with us

Oh! Media

Disangka Anjing, Ternyata Seekor Beruang? Seriously?!

2c81d3dd 3863 4d7e 9f78 4e1bfacce082png

Umum

Disangka Anjing, Ternyata Seekor Beruang? Seriously?!

Berkaitan isu yang tular di media sosial berkaitan seekor beruang matahari ditemui di kawasan kediaman kondominium, bekas peserta program realiti ‘Rockanova’, Zarith Sofia Yasin tampil memberi penjelasan.

Dipetik dari Metro Online, penyanyi yang dikenali dengan gelaran Pia itu ditahan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) selepas didapati memelihara dan menyimpan seekor beruang matahari secara haram di kondominiumnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pia mendedahkan beliau menjumpai beruang yang disangka anjing berkenaan dalam keadaan lemah dan berniat untuk menjaganya sehingga sihat sebelum menghantarnya ke zoo dalam masa terdekat. Beliau mendakwa, beruang berkenaan tidak menunjukkan tingkah laku agresif sepanjang dibawah jagaannya selama dua minggu.

IKLAN
Dalam pada itu, Pia menafikan dakwaan bahawa dirinya ditahan PERHILITAN sebaliknya mereka memintanya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung isu ini dan masih menanti maklum balas dari pihak berkenaan.
Sumber : Metro Online

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas