Connect with us

Oh! Media

Bercinta Dalam Diam, Pelajar Bawah Umur Ini Dirogol Lebih 285 Kali Oleh Guru Tuisyen

Umum

Bercinta Dalam Diam, Pelajar Bawah Umur Ini Dirogol Lebih 285 Kali Oleh Guru Tuisyen

Macam-macam yang jadi setiap hari ada yang boleh diterima akal dan ada yang langsung tak masuk dek akal. Seperti yang berlaku di Taiwan ini, seorang guru tuisyen didapati bersalah kerana merogol seorang pelajarnya yang masih di bawah umur sebanyak 285 kali. Fuh, serius la weh!!

ADVERTISEMENT

Mangsa yang dikenali sebagai Lan, menyertai kelas tuisyen suspek sejak berusia 11 tahun lagi. Bagaimanapun sebelum mangsa berusia 14 tahun (tahun 2014), suspek mengakui sendiri yang dia jatuh cinta kepada pelajar tersebut dan berjanji akan berkahwin dengan pelajar tersebut bila umurnya mencapai 18 tahun nanti. Lan turut memberitahu yang guru tuisyen’nya itu sangat manis bila berkata-kata.

Siapa ada tengok wayang filem Korea bertajuk PARASITE, mungkin boleh relate lah kot dengan kes ni kan? Ternyata memang berlaku betul-betul. Banyak betul persamaan jalan ceritanya.

Lan telahpun meminta untuk memutuskan hubungan dengan suspek ketika berumur 16 tahun kerana mendapati suspek bakal berkahwin dengan wanita lain. Bagi menyelamatkan hubungan mereka dan bagi membolehkan dirinya terus menjadi guru tuisyen Lan, suspek bertindak drastik dengan memberitahu keluarga Lan yang prestasi pembelajaran Lan menurun kerana telah bergaul dengan budak-budak jahat di media sosial.

Hasil hasutan tersebut, telefon bimbit mangsa telah dirampas oleh ibunya sekaligus memutuskan hubungan mangsa dengan dunia media sosial.

Lan yang merahsiakan perkara tersebut kepada ibunya selama ini, akhirnya telah meminta bantuan dari ibunya dengan menceritakan perkara sebenar sebelum si ibu membuat laporan polis dengan dakwaan suspek telah melakukan hubungan seks dengan anak perempuan bawah umurnya. Suspek menafikan dakwaan itu dan menegaskan dia hanya memegang tangan dan mencium mangsa.

Mujurlah mangsa mempunyai banyak bukti mengenai suspek yang dicatatkan dalam buku notanya. Malah dia juga ingat bagaimana bentuk dan saiz tahi lalat di kemaluan suspek. Mangsa diarahkan menjalani pemeriksaan di hospital dan disahkan memang pernah melakukan hubungan kelamin.

Mengikut keterangan Lan, dia dan suspek telah melakukan hubungan seks bersama setiap hari sejak dari hari pertama menjalinkan hubungan lagi. Mangsa juga memberitahu mereka telah melakukan hubungan tersebut sebanyak 129 kali dalam tempoh lapan bulan sebelum dia berusia 14 tahun dan 156 kali lagi untuk tujuh bulan berikutnya.

Berdasarkan segala bukti yang ada, guru tuisyen tersebut akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 9 tahun 6 bulan atas kesalahan merogol gadis bawah umur. Fuh! Padan dengan muka.

Biarpun berita ni bukan berlaku di Malaysia, tapi ketahuilah hukuman di Malaysia jauh lebih berat bagi pesalah rogol gadis bawah umur. Kepada semua ibu-bapa, jadikan kejadian ini sebagai peringatan agar lebih berhati-hati terhadap masa depan anak anda ya terutamanya yang terlalu muda dan mudah dipermainkan fikirannya.

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas