Connect with us

Oh! Media

Umum

Dipenjara Sehari dan Denda RM1000 Kerana Mencuri Durian Musang King

Akibat mencuri durian Musang King, seorang lelaki yang bekerja di bazar malam kini dijatuhkan hukuman penjara selama sehari dan denda sebanyak RM1000 selepas mengaku bersalah.

Untuk pengetahuan korang, tertuduh telah mengaku bahawa dia telah mencuri lima paket durian Musang King yang diambil dari Pasaraya Aeon Seksyen 13, Shah Alam yang bernilai RM400.

IKLAN

Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali dan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azamuddin Abdul Rahman pula ingin mahkamah menjatuhkan hukuman berat bagi memberikan pengajran kepada tertuduh.

Luqman Hakim yang diwakili peguam, Salahuddin Salam memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya telah menyesal terhadap perbuatan tersebut.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.



Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas