Connect with us

Oh! Media

Diminta Agar Dapat Tangguhkan Larangan Merokok di Restoran

Umum

Diminta Agar Dapat Tangguhkan Larangan Merokok di Restoran

Berikutan dengan arahan kerajaan yang akan menguatkuasakan larangan merokok di dalam dan sekitar restoran mulai awal tahun hadapan, ini terdapat pula pihak yang ingin ia ditangguhkan.

ADVERTISEMENT

Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia, PRIMAS telah menyifatkan merokok sebagai kebiasaan atau rutin rakyat Malaysia apabila pergi makan di restoran dan ia dilihat telah sebati dalam diri seorang perokok dan sukar untuk membendung perkara itu.

Presidennya, T Muthusamy, berkata “Ia sudah menjadi tradisi kepada pelanggan. Justeru, saya mohon kerajaan membenarkan premis makanan menyediakan zon merokok dalam kawasan premis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya lagi, pelaksanaan merokok sejauh tiga meter atau 10 kaki dari premis makanan dianggap tidak praktikal dan sukar dituruti pelanggan selain membebankan pengusaha sekiranya pelanggan ingkar terhadap arahan itu.

“Saya minta kerajaan tangguhkan dulu pelaksanaan undang-undang larangan merokok ini sehingga pelanggan merokok boleh menerima pelaksanaan ini dengan baik.

“Kerajaan sebaliknya boleh memperkasakan undang-undang untuk membanteras penjualan rokok seludup dan rokok batang yang dilihat semakin menjadi-jadi terutama dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas