Connect with us

Oh! Media

Dijatuhkan Hukuman Berat Selepas Mengaku Mencabul dan Cuba Merogol Anak Sendiri

Umum

Dijatuhkan Hukuman Berat Selepas Mengaku Mencabul dan Cuba Merogol Anak Sendiri

Sikap seorang bapa yang sanggup melakukan perkara terkutuk terhadap anak sendiri akhirnya terbalas apabila dijatuhkan hukuman penjara 45 tahun dan 24 sebatan.

ADVERTISEMENT

Untuk pengetahuan korang, sebelum ini kami juga ada kongsikan berita berkenaan seorang bapa yang berusia 38 tahun telah mencabul dan lakukan seks luas tabii ke atas anaknya yang berusia 14 tahun.

Tertuduh mengaku bersalah atas perbuatannya itu dan dijatuhkan hukuman oleh Hakim Yong Zarida Sazali di Mahkamah Sesyen Putrajaya.

Tidak cukup dengan hukuman itu, Hakim Yong Zarida turut mengeluarkan arahan untuk tertuduh menerima khidmat kaunseling selama 10 tahun dan menerima pengawasan polis selama 3 tahun selepas selesai menerima hukuman penjara kelak. Lama betul rasanyakan, tapi hukuman seperti ini memang harus dikenakan terhadap mereka yang sanggup melakukan perkara terkutuk macam ni. Harap ia dijadikan pengajaran kepada semua.

Untuk berita lebih lanjut, boleh layari terus di New Malaysia Post.

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas