Connect with us

Oh! Media

Dianggarkan Dadah Bernilai RM50,000 Berjaya Dirampas

Umum

Dianggarkan Dadah Bernilai RM50,000 Berjaya Dirampas

Gambar Hiasan

Malam tadi, pihak polis telah membuat satu serbuan di pekan Batu Niah, Miri dan berjaya menahan seorang lelaki serta merampas dadah jenis methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM50,740.

ADVERTISEMENT
Dalam serbuan kira-kira jam 10.20 malam tadi, suspek duduk didalam sebuah kereta Proton Persona dan berada di belakang sebuah kedai di pekan itu. Suspek membuang satu plastik hitam ke tepi jalan raya yang mengandungi lima paket plastik lutsinar dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat sebanyak 253.7 gram.
Ujian air kencing mendapati bahawa suspek negatif dadah. Suspek dikatakan hanya seorang pengedar dadah sahaja dan mendapat bekalan dadah tersebut daripada pembekal di bandaraya Miri. 
Suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana bergiat aktif mengedar dadah.
Sumber : Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas