Connect with us

Oh! Media

Dewan Rakyat Lulus Usul Tergempar Kutuk Serangan di Christchurch

Umum

Dewan Rakyat Lulus Usul Tergempar Kutuk Serangan di Christchurch

Dewan Rakyat hari ini telah memutuskan untuk meluluskan usul tergempar bagi mengutuk serangan berdarah di dua masjid di Chrischurch, New Zealand.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, berkata ketetapan Parlimen Malaysia dalam mengutuk serangan kejam yang mengorbankan lebih 50 nyawa itu akan dipanjangkan kepada Parlimen dan kerajaan New Zealand.

Mohamad Ariff berkata, Dewan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pelampau yang mengorbankan 50 nyawa serta mencederakan 50 masyarakat beragama Islam ketika menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Noor dan Masjid Linwood.

“Kita amat bersedih dengan kejadian ini dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu. Serangan terhadap dua masjid ini adalah perbuatan yang sangat ganas, jelik dan keji.

“Justeru, ia harus dikecam sekeras-kerasnya oleh semua pihak sebagai sangat ganas, jelik dan kejam.

“Bagi pihak Parlimen Malaysia, saya mengucapkan takziah dan simpati yang amat tinggi kepada keluarga dan mangsa yang terkorban serta tercedera,” katanya ketika menyatakan pendirian Dewan Rakyat berhubung isu berkenaan.

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Trending

To Top