Connect with us

Oh! Media

Destinasi Pelancongan Popular Songkla Dikejutkan Dengan Letupan Bom

Duyung songkhla 271220181jpg

Umum

Destinasi Pelancongan Popular Songkla Dikejutkan Dengan Letupan Bom

Malam tadi, Pantai Samila, Songkla Thailand yang popular sebagai destinasi pelancongan telah dikejutkan denga dua letupan bom. Letupan bom pertama berlaku pada 10 malam tadi (11 malam waktu Malaysia), merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah berkenaan.

Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang, yang mengesahkan perkara itu, berkata letupan berkenaan menyebabkan bahagian bawah patung besi itu terputus dua.

Letupan kedua pula berlaku 10 minit selepas kejadian pertama di patung tikus dan kucing di pantai sama yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi patung ikan duyung itu.

IKLAN

“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kedua-dua kejadian letupan bom itu dan lokasi kejadian ditutup kepada pengunjung,” kata Wiranan yang menambah, anggota forensik keselamatan Thailand akan memeriksa secara terperinci lokasi letupan bom terbabit.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian itu dan ia disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Songkla, Mohd Afandi Abu Bakar.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas