Connect with us

Oh! Media

Denda Sebanyak RM1,200 Akan Dikenakan Jika Kehilangan Pasport

Umum

Denda Sebanyak RM1,200 Akan Dikenakan Jika Kehilangan Pasport

Sejak Rabu tempoh hari, kerajaan telah mengenakan denda terbaru terhadap rakyat Malaysia yang mahu menggantikan kehilangan dan kerosakan pasport iaitu sebanyak RM300 hingga RM1,200.

ADVERTISEMENT

Denda yang terkandung dalam Perintah Fi Pasport dan Visa berada dalam pindaan 2019 bertarikh 20 Disember 2018 yang digazetkan minggu ini.

Menurut perintah itu, individu yang mahu membuat penggantian pasport buat kali pertama ekoran kehilangan dan kerosakan akan dikenakan denda sebanyak RM400.

Bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara pula, denda sebanyak RM300 akan dikenakan.

Sementara, bagi penggantian pasport kali kedua, denda sebanyak RM700 akan dikenakan manakala bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara, denda sebanyak RM600 akan dikenakan.

Jika pemilik kehilangan pasport buat kali ketiga, denda sebanyak RM1,200 akan dikenakan manakala RM1,100 bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan pelajar berusia 21 tahun yang belajar di luar negara.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini pemilik yang kehilangan dokumen berkenaan tidak dikenakan sebarang denda atau bayaran dan ini menjadi tanda tanya tentang mengapa tindakan ini diambil yang dilihat terlalu mahal dan membebankan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas