Connect with us

Oh! Media

Demi Penjimatan Kos, Lokasi Royal Floria Putrajaya Ditukar Ke Lokasi Baru

Umum

Demi Penjimatan Kos, Lokasi Royal Floria Putrajaya Ditukar Ke Lokasi Baru

Pernah dengar pasal Royal Floria Putrajaya? Royal Floria Putrajaya merupakan acara tahunan yang diadakan di Putrajaya dimana ianya mempersembah pemandangan gubahan bunga yang menakjubkan yang orkid dan bonsai sebagai tema.

ADVERTISEMENT

Tahun ini Royal Floria Putrajaya akan dipindahkan lokasinya ke lokasi yang baru dimana sebelum ini penganjurannya diadakan di Anjung Floria, Presint 4 ke Taman Botani Presint 1. Acara tahunan ini akan diadakan bermula pada 31 Ogos hingga 8 September.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, penukaran lokasi dijangka akan menjimatkan kos sebanyak Rm1 juta kerana penganjur tidak perlu membina taman baru kerana lokasi yang akan diadakan sudah memenuhi kriteria. Tambahnya, penjimatan berkenaan tidak akan mengubah konsep asal acara berkenaan. Bas pengantara turut disediakan selain teksi air untuk pengunjung acara berkenaan.

Dengan tema Mother of All Green, pameran berkenaan akan menampilkan bunga orkid yang dinamakan sebagai Queen Azizah Iskandar, sempena nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sumber : Sinar Harian dan Facebook Royal Floria Putrajaya

+ Baca respon pembaca di Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas