Connect with us

Oh! Media

De Gea Bakal Terima Habuan Besar Jika Bersama PSG

david de gea spain 156sl8mgq38ui1uzpuyavzxsumjpg

Umum

De Gea Bakal Terima Habuan Besar Jika Bersama PSG

David De Gea bakal menjadi penjaga gol termahal dunia apabila dijangka menyertai Paris Saint-Germain selepas kontraknya bersama Manchester United tamat pada musim panas ini.

De Gea, 28, melengahkan proses menandatangani kontrak baharu di Old Trafford dengan tambahan gaji 300,000 pound (RM1.61 juta) seminggu menanti di PSG, yang mampu melepasi sekatan Fair Play Kewangan dengan menjual Neymar kepada Real Madrid dan membentuk pasukan dengan Kylian Mbappe sebagai tonggak utama.

Penjaga gol Sepanyol itu bakal menerima gaji 15.5 juta pound (RM83.3 juta) setahun daripada kelab gergasi Perancis itu yang dikatakan akan mengikatnya untuk tempoh empat tahun.

IKLAN

PSG menandatangani legenda Itali Gianluigi Buffon dari Juventus musim panas lalu tetapi rancangan mereka hanya mahu menggunakan khidmat penjaga gol 40 tahun itu sebagai pilihan utama untuk semusim saja.

  + Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas