Connect with us

Oh! Media

“Dasar Pendidikan Sedia Ada Akan Dikaji Semula” – Tun Mahathir

Umum

“Dasar Pendidikan Sedia Ada Akan Dikaji Semula” – Tun Mahathir

Sumber gambar dari The Edge Market

Sebelum ini beberapa dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh Dr Maszlee telah mendapat kritikan pelbagai pihak. Oleh itu Tun Mahathir yang memangku  jawatan Menteri Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan untuk mengkaji semula dasar-dasar pendidikan berkenaan.

ADVERTISEMENT

Dipetik dari Berita Harian, Tun Mahathir memaklumkan beliau sudah mempunyai perancangan dan menambah baik sistem pendidikan negara. Bagaimanapun beliau menambah, kerajaan memerlukan sedikit masa untuk meneliti setiap penambahbaikan yang dilakukan. Dalam nada tegas Tun Mahathir menzahirkan tujuan pendidikan adalah untuk membentuk masyarakat yang mampu berdikari dan tidak hanya bergantung pada bantuan kerajaan semata-mata.

“Tujuan kita ialah untuk mendidik anak-anak supaya apabila mereka membesar, dapat hidup sempurna, boleh cari kerja, cari makan dan boleh menjadi orang yang produktif dan bukan menjadi orang yang hanya menanti dapat bantuan,” kata Tun Mahathir

Sebelum ini Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memohon agar Tun Mahathir menyelesaikan kepincangan yang berlaku dalam pendidikan negara misalnya masalah TVET dan penutupan IPG.

Sumber: Berita Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas