Connect with us

Oh! Media

Dah Tahun 2019, Masih Kecoh Hadir Kenduri Pakai Baju T – Ini Jawapan Mufti

Umum

Dah Tahun 2019, Masih Kecoh Hadir Kenduri Pakai Baju T – Ini Jawapan Mufti

Sebelum ini kecoh di media sosial berikutan dengan beberapa gambar yang menunjukkan beberapa lelaki yang hadir ke majlis perkahwinan dengan hanya memakai baju t-shirt dan berpakaian biasa.

ADVERTISEMENT

Gambar yang dimuatnaik oleh seorang jurugambar itu telah mendapat pelbagai pandangan dari netizen. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak menyukai cara pemakaian mereka.

Banyak pandangan yang diberikan dan ada yang mengatakan bahawa tetamu tidak sepatutnya memakai baju T atau jersi dan sepatutnya memakai kemeja bagi menghormati majlis.

Namun, disebalik semua komen dan pandangan netizen ini, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid juga sempat berkongsi pandangan bahawa tidak menjadi kesalahan seseorang lelaki mamakai baju T ke majlis perkahwinan asalkan pakaian yang dipakai itu menutup aurat.

“Konsep Islam senang sahaja. Pakaian yang diharuskan adalah pakaian yang menutup aurat. Bukan sahaja majlis walimah. Apa-apa sahaja majlis sekalipun adalah menjadi kawajipan setiap manusia menutup aurat.

“Kita kena pikir bahawa kita ini hamba-Nya. ALLAH wajibkan tutup aurat. Mahu tidak mahu kita kena buat.

“Bagi lelaki, pakai baju T kalau tutup aurat tiada masalah. Cuma terpulang pada kita. Kadang-kadang kita ini lebih malu dengan manusia berbanding dengan Allah,”.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas