Connect with us

Oh! Media

Dadah Bernilai RM700 Juta Rampasan Terbesar PDRM

Umum

Dadah Bernilai RM700 Juta Rampasan Terbesar PDRM

Jika dilihat dari tajuk artikel, dapat dilihat perkara seperti ini hanya berlaku di luar negara, namun kali ini ia berlaku di Malaysia. Pihak PDRM dalam satu laporan menyatakan mereka telah berjaya mengesan dan merampas dua jenis dadah dari kartel dadah tempatan yang bernilai kira-kira RM700 juta dan ini merupakan rampasan yang terbesar yang pernah dihadapi negara. Agaknya selama ni diorang mesti dah selalu terlepas.

ADVERTISEMENT

Hasil serbuan itu, polis berjaya menahan empat lelaki tempatan dan sembilan warga asing yang disyaki terbabit dengan kegiatan penyeludupan dadah. Pemeriksaan susulan menemui 11 guni dipercayai berisi serbuk ketamin. Suspek yang disoal siasat kemudian membawa anggota polis ke sebuah rumah di Seksyen U5 Shah Alam, Selangor.

2 jenis dadah yang dirampas adalah ketamin seberat 500kg dan kokain pada lebih 3 tan. Serbuan ini dilakukan di sebuah kilang di Puncak Alam, Selangor, petang semalam.

Polis masih menyiasat kemungkinan sindiket menjadikan negara ini sebagai transit berikutan penggunaan dadah kokain di Malaysia tidak popular berbanding syabu dan ketamin. Kokain berasal dari Amerika Selatan mendapat permintaan tinggi dari sindiket di negara jiran dan harganya menjangkau ratusan ribu ringgit sekilogram.

Diharapkan lebih banyak lagi tangkapan dapat dilakukan, memandangkan najis dadah ini dapat dilihat dengan mudah berada di dalam negara.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Makan


Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas