Connect with us

Oh! Media

Cristiano Ronaldo Kini Bergelar Seorang ‘Datuk’

Umum

Cristiano Ronaldo Kini Bergelar Seorang ‘Datuk’

Ronaldo kini bergelar seorang datuk? mesti dalam lubuk pemikiran korang terfikir sejak bila Ronaldo ada seorang cucu dan sejak bila anak kandungnya sudah berkahwin sedangkan anak-anaknya masih dalam usia kanak-kanak? Percaya atau tidak, kini Ronaldo telah mendapat seorang ‘cucu’.

ADVERTISEMENT

Namun, ia bukanlah cucu hasil dari anak kandungnya, tetapi ia adalah cucu daripada ‘anak angkatnya’ di Indonesia, Martunis Ronaldo selepas dia telah menimbang cahaya mata sulungnya.

Martunis atau nama sebenarnya Martunis Sarbini, 23, merupakan anak kelahiran Indonesia yang juga salah satu orang yang terselamat dalam kejadian tsunami yang melanda Aceh, Indonesia pada tahun 2004 yang ketika itu dia baru berusia tujuh tahun.

Martunis yang terselamat dalam kejadian tsunami itu tular apabila fotonya sedang memakai jersey Portugal dan tertera nama Figo di belakangnya. Perkara itu mendapat perhatian Cristiano Ronaldo yang ketika itu berusia 20 tahun untuk membantunya sekaligus dianggap sebagai anak angkatnya.

Martunis berusia tujuh tahun ketika bertemu Cristiano Ronaldo buat pertama kalinya.

Pemain Juventus itu juga turut membiayai semua pembiayaan pengajian kanak-kanak itu dan hasil bantuan itu, Martunis berjaya mencapai cita-citanya menjadi pemain bola sepak dan menyertai kelab Sporting Lisbon, tetapi terpaksa bersara pada tahun 2016 disebabkan masalah lutut.

Selepas bersara, dia kini bergelar selebriti media sosial dan membuat kandungan YouTube berkaitan bola sepak.

Melalui hantaran di laman Instagramnya, Martunis telah memuat naik gambar bayi perempuannya sambil meletakkan foto Cristiano Ronaldo pada pelukan anak tersebut.

Hantaran yang dimuat naik Martunis memaparkan gambar anak sulungnya disamping gambar Cristiano Ronaldo di sisinya.

Tulisnya lagi, dia berharap agar anaknya menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai idolanya dan mengharapkan anaknya itu dapat bergambar bersama datuknya suatu hari nanti.

Kredit: Kosmo!, Martunis Ronaldo

+ Baca Respon pembaca di Facebook Oh! Media

Penulis di Oh! Media berkaitan isu-isu terkini dan hiburan di media sosial yang mampu memberikan manfaat serta membuka peluang kepada rakyat Malaysia agar sentiasa mengetahui isu semasa dengan lebih pantas.

Lagi dalam kategori Umum

30 Hari Paling Trending

To Top