Connect with us

Oh! Media

Cristiano Ronaldo Dikatakan Telah Melamar Seorang Wanita

Umum

Cristiano Ronaldo Dikatakan Telah Melamar Seorang Wanita

Penyerang utama pasukan Juventus Criatiano Ronaldo dilaporkan telah melamar teman wanitanya, Georgina Rodriguez untuk dijadikan suri hatinya.

ADVERTISEMENT

Wanita jelita dari Sepanyol itu telah berkata ‘ya’ kepada Ronaldo dan mula mencuba beberapa busana pengantin, dakwa akhbar terlaris Portugal, Correio da Manha.

Correio da Manha memetik seorang sumber sebagai berkata, Cristiano telah meminta Gio untuk mengahwininnya.

“Cristiano telah meminta Gio (Georgina) untuk mengahwininnya dan perkahwinan itu akan berlaku, cuma hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai butirannya,” katanya.

Khabar angin tentang pertunangan mereka hangat diperkatakan semasa Piala Dunia apabila Georgina dilihat menyarungkan cincin berlian bernilai 615,000 pound sterling (RM3.3 juta).

Pasangan popular itu telah hidup bersama di Itali dan memiliki anak perempuan berusia satu tahun, Alana Martina. Selain itu, Georgina turut membantu pemain itu membesarkan tiga lagi anaknya.

Awal tahun ini, ibu Ronaldo memberitahu bahawa Georgina ialah bakal menantunya.

“Dia adalah ibu kepada cucu perempuan saya. Dia ialah calon menantu, tapi dia belum menjadi menantu saya. Dia seorang yang sangat tenang,” katanya.

Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas